Blogger Templates

Friday, April 6, 2012

PUDING KARAMEL

Salam pagi jumaat yg penuh barakah. .
Hari ni keje agak kurang kat opis ni, jd ayank ade la mase  mengupdate belog ni. . yelah sejak akhir2 rese rajin plak nak update belog, tambahan lg semenjak masuk tahun 2012 ni rajin plak mencuba resepi pelbagai jenis. . semalam balik keje sempat jugak buat PUDING KARAMEL utk asben (MY 'D') ~
resepinye mudah je. .nak buat pon senang ~
kat cni ayank sertakan skali bahan-bahan & cara nak buat PUDING KARAMEL ni. .

PUDING KARAMEL

Bahan-bahan :
gula karamel (Gula Hangus)
* 1 cawan gula
* 1 cawan air


 adunan puding
* 1 tin susu cair (boleh jugak nak ganti ngan fresh milk)
* 5 biji telur (Gred A)
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 3 sudu kecil gula (kalau suke manis boleh tambah, kalau takut kencing manis kurangkan la)

Cara-cara buat gula karamel:
1- Cairkan gula dengan api sederhana.. gula nie kena kacau selalu sampai la sume gula tue cair & jadi warna coklat perang. Jangan sampai gula tue terlalu hangus nnt rasa pahit.Bila da tukar warna coklat, perlahankan api n terus masukkan air.
2- Kemudian masukkan gula karamel tu kat dalam acuan/loyang  untuk dikukus.
Cara-cara buat puding :

1- Masukkan semua bahan untuk puding dalam pengisar (ayank gune blender je)
Kemudian adunkan bahan2 tue sekejap supaya bahan tue tersebati. Jangan sampai kembang...

2- Bila dah ok,  perlahan-lahan tuang adunan puding dalam acuan  gula karamel tadi.

3- Masukkan dalam pengukus, dan kukus selama 30 - 40 minit.

4- Bila dah cukup 30 - 40 minit try cucuk ngan lidi sate (jgn lidi penyapu plak) tgk da masak belum.

5- Bila dah masak biarkan puding sejuk & terbalikkan puding ni pada dulang / pinggan.

6- Sejukkan dalam peti ais.. (kalau makan sejuk2 lg sedap)



Bile da sejuk tu bg asben rase.  . sbb puding ni mmg feberet die, die cume kate 
" TERBAEK LAH B "
hua hua hua. . bahagianye la rase. .haha

**** ha, ,senang je kan. .selamat mencube ye. .

5 comments:

D said...

sedap. .sedap. . sedap. .

aYaNk aFeZa said...

tengkiu D ~~

Rosmaniza @ Ogy said...

aritu akak try x menjadi, nak colek ar resepi fiza ni..hehe

Ros said...

Salam ziarah....

aYaNk aFeZa said...

kak ros : colek jgn x colek kak.. kalau da buat sekali pasti nak lg. . hehe

ros : selamat datang. .:)