Blogger Templates

Friday, April 13, 2012

PAPRIK SOTONG

Salam petang jumaat, ari ni ayank nak kongsi plak resepi PAPRIK SOTONG, semalam balik kje mood ok ckit.. jadi ayank pon masak la. .kalau tgk memang menyelerakan, resepi & bahan2 pon senang je. . ye la ayank ni kat rumah tggl berdua je dgn En,Asben, jd kami mmg terlalu kerap makan kat luar, kadang tu sampai order makanan yg same je, sekali sekala masak kat rumah seronok jugak . . pe kate korang pon test la. .senang je. .

Bahan-bahan:
  • 5-6 ekor sotong - bersihkan dan potong
  • 3 ulas bwg putih - diketuk
  • 2 labu bwg besar - dihiris kasar
  • 1 btg serai - diketuk
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi - (ayank belah 2 je)
  • Sedikit bunga kobis dan carrot -potong ikut suka (jgn besar sgt)
  • 5 sudu cili kering (blender)
  • Garam, serbuk perasa & sedikit sos tiram
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
  • Panaskan minyak,Tumis bawang, bwg putih, serai dan cili blender, kacau sekejap.
  • Masukkan sos tiram dan sotong. Masukkan sedikit air, garam dan serbuk perasa.biarkan mendidih sekejap.
  • Masukkan daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili padi.

    ~~ senang je kan?? selamat mencuba. .


Monday, April 9, 2012

HATI BERDEBAR-DEBAR PETANDA APAKAH INI ?

DUP DAP DUP DAP ~ MENGAPAKAH??? Hari ni hati x tenteram. .jiwa kacau. . Petanda apekah yg mungkin ayank lalui. . **Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dan tenangkanlah hati ini
Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan.. Ya Allah..buatlah mata yang tidak mahu lelap merasa mengantuk yang memberi ketenangan, dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian, dan berilah balasan baginya dgn kejayan yg sudah hampir Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus.. dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU kpd hidayah MU Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran, dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU dalam keadaan terhina... Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku, sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku... Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU, Daku tidak meminta tolong melainkan kpd-Mu Engkaulah pemelihara ku…. sebaik2 pelindung dan penolong… Amin YA ALLAH

Friday, April 6, 2012

PUDING KARAMEL

Salam pagi jumaat yg penuh barakah. .
Hari ni keje agak kurang kat opis ni, jd ayank ade la mase  mengupdate belog ni. . yelah sejak akhir2 rese rajin plak nak update belog, tambahan lg semenjak masuk tahun 2012 ni rajin plak mencuba resepi pelbagai jenis. . semalam balik keje sempat jugak buat PUDING KARAMEL utk asben (MY 'D') ~
resepinye mudah je. .nak buat pon senang ~
kat cni ayank sertakan skali bahan-bahan & cara nak buat PUDING KARAMEL ni. .

PUDING KARAMEL

Bahan-bahan :
gula karamel (Gula Hangus)
* 1 cawan gula
* 1 cawan air


 adunan puding
* 1 tin susu cair (boleh jugak nak ganti ngan fresh milk)
* 5 biji telur (Gred A)
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 3 sudu kecil gula (kalau suke manis boleh tambah, kalau takut kencing manis kurangkan la)

Cara-cara buat gula karamel:
1- Cairkan gula dengan api sederhana.. gula nie kena kacau selalu sampai la sume gula tue cair & jadi warna coklat perang. Jangan sampai gula tue terlalu hangus nnt rasa pahit.Bila da tukar warna coklat, perlahankan api n terus masukkan air.
2- Kemudian masukkan gula karamel tu kat dalam acuan/loyang  untuk dikukus.
Cara-cara buat puding :

1- Masukkan semua bahan untuk puding dalam pengisar (ayank gune blender je)
Kemudian adunkan bahan2 tue sekejap supaya bahan tue tersebati. Jangan sampai kembang...

2- Bila dah ok,  perlahan-lahan tuang adunan puding dalam acuan  gula karamel tadi.

3- Masukkan dalam pengukus, dan kukus selama 30 - 40 minit.

4- Bila dah cukup 30 - 40 minit try cucuk ngan lidi sate (jgn lidi penyapu plak) tgk da masak belum.

5- Bila dah masak biarkan puding sejuk & terbalikkan puding ni pada dulang / pinggan.

6- Sejukkan dalam peti ais.. (kalau makan sejuk2 lg sedap)



Bile da sejuk tu bg asben rase.  . sbb puding ni mmg feberet die, die cume kate 
" TERBAEK LAH B "
hua hua hua. . bahagianye la rase. .haha

**** ha, ,senang je kan. .selamat mencube ye. .

Thursday, April 5, 2012

STEAMBOAT TIME

Fuhhh !!
EN.KETAM saya ~~
mabelesss~~
Terliur sendiri. .hahaha~~
ini feberet ayank ---> EN.KETAM
Ayank kalau da mkn mmg x hengat DUNIA ~~
ThanQs my 'D' sebab selalu ikot tekak 'B'
LUV U 'D'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~