Blogger Templates

Saturday, March 31, 2012

~ APAM POLKADOT ~




Kali ni ayank nak kongsi plak cara2 buat apam dot dot dot. .opss terlebih sudah die punye dot dot.. haha
First time buat dulu x brape jadi. . apam die x gebu, pastu bau hanyir telur die ketara sgt. . kali ni ayank da godek2 ckit resepi yg ayank GOOGLE dr internet dan ini lah hasil die. .

Alhamdulillah memang menjadi dan sgt gebu. . korang mesti nak resepi diekan??
kat cni ayank bg skali resepi & cara2 nak buat apam dot dot dot ni. .

~ APAM POLKADOT ~

250 gm tepung gandum
200 gm gula halus
125 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder ~ diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa mengikut citarasa masing
Pewarna terpulang asalkan yang dibenarkan (perwarna makanan)

cara~cara :

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

senang je kan. . cube jgn x cube erk. . :)

Friday, March 30, 2012





~ APAM GULA HANGUS ~

balik keje mggu lepas macam terRAJIN plak. .mase kat opis saje la mengGOOGLE resepi APAM GULA HANGUS ni, tgk resepi cam senang je tu yg cube tu. .sekali buat jadi & gebu la plak. .bahagia je rase. .hehehe~~ ayank ambik resepi ni dr blog my resepi http://www.myresipi.com/top/detail/254 (mohon share ye tuan punye resepi)
bahan2 die senang je. . kalo korang nak cube, ni resepinye. .

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )

2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1.Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan

2.Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit

3.Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

4.Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

5.Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

6.Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.

7.Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.


SELAMAT MENCUBA YE ~~